Cart

Mee Kari Nooodles Express

Mee Kari Nooodles Express
14 January, 2019

Mee Kari Nooodles Express

Mee kari memang menjadi pilihan orang ramai kerana  keenakan rasanya yang tiada tolak bandingnya dan ia mempunyai gabungan rasa yang sedap, tahap kepedasan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Untuk menghasilkan mee kari sendiri tu kadang-kadang rasanya agak berlainan dan tidak sama, tapi kini dengan adanya Mee Kari Express keluaran Nooodles Express, korang boleh menghasilkan mee kari sendiri dengan mudah dan keenakan rasanya juga dijamin sedap!

Dengan ini korang tak perlu dah nak bersusah payah memikirkan bahan-bahan apa yang perlu dimasukkan untuk mendapatkan kuah yang pekat dan lazat, kerana semuanya sudah sedia dibekalkan dalam satu bekas! Hanya dalam masa 3 minit je semuanya sudah siap. Penyediaan yang sangat mudah, tapi rasanya confirm terbaik!

Kalau korang nak tahu, kunci kesedapan bagi Mee Kari ini adalah terletak pada betapa kaw-nya kuah dia dan cantiknya mee tersebut. Dari segi tekstur mee bagi Nooodles Express ni pula, meenya memang kenyal.

Apa yang paling syok sekali ialah, bila korang makan mee kari ni, korang akan dapat feel macam korang tengah makan makanan mak korang woo! Memanglah tak dinafikan yang air tangan mak tu lagi sedap tapi yang ini feel dia macam ala-ala berada di kampung sebab kuah dia ada rasa macam ‘creamy-creamy’ kuah kari tradisional tu dan tahap kepedasannya berada pada tahap kedua dia mana ia tak berapa pedas sangat, so sesuailah untuk semua lapisan umur.

Tak cukup dengan tu, apa yang bestnya lagi ialah Nooodles turut menggunakan Mee yang dihasilkan sendiri oleh chef mereka dan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap menu langsung tiada tambahan MSG. Korang semua boleh makan dengan rasa selamat tanpa rasa was-was.

So tunggu apa lagi? Jom dapatkan NÖÖÖDLES Express ni sekarang juga di semua cawangan NÖÖÖDLES iaitu di KLIA, KLIA2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang

Subang, Lapangan Terbang Perth, Australia dan juga di Lapangan Terbang Melbourne.