Cart

NÖÖÖDLES express percuma bagi seluruh rakyat Malaysia!

NÖÖÖDLES express percuma bagi seluruh rakyat Malaysia!
12 March, 2019
Korang nak tahu tak, kini NÖÖÖDLES express telah melancarkan satu tawaran menarik kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.Tapi tawaran apa yang menarik sangat tu? Haaa kalau korang nak tahu, NÖÖÖDLES express baru je melancarkan satu promosi bernama SUPERFREE.

SUPERFREE telah dilancarkan pada 7 Mac 2019. Dengan adanya promosi SUPERFREE ini, sebanyak 500 mangkuk NÖÖÖDLES express ditawarkan secara percuma kepada warganegara Malaysia! Wah menarik tu. Siapa yang tak suka benda percuma ni kan? Lagi pun, inilah masanya untuk korang mencuba dan menikmati sendiri keenakan rasanya yang
sejati tu.


Apa yang menariknya lagi ialah, NÖÖÖDLES express ini mempunyai 3 ciri utama iaitu tiada MSG tambahan di dalam setiap menunya. Mee yang digunakan juga adalah bebas dari asid borik dan yang paling penting sekali ialah ianya seratus peratus memiliki kelulusan HALAL daripada JAKIM.

Tapi macam mana caranya untuk dapatkan SUPER FREE ni? Mudah je, korang hanya perlu ‘register’ di www.nooodlesonline.com dan masukkan ‘coupon code’ SUPERFREE semasa membuat pesanan di website Nooodles Online. Diingatkan, korang perlu daftar / ‘register’ dahulu untuk menggunakan code SUPERFREE tersebut . Kalau tak daftar, coupon code tu tak boleh redeem tau.

Masa korang nak buat pesanan tu, korang pilih mana-mana SUPERFREE yang korang nak, kemudian tekan button “ADD TO CART”, kemudian pergi ke “VIEW CART” dan masukkan ‘coupon code’ SUPERFREE.



Promosi SUPERFREE ini mempunyai 3 kategori yang bernilai RM13.00 iaitu:
  • 2 mangkuk NÖÖÖDLES express berperisa sup daging.
  • 2 mangkuk NÖÖÖDLES express berperisa sup sayuran.
  • 1 mangkuk NÖÖÖDLES express berperisa sup daging dan 1 mangkuk NÖÖÖDLES express berperisa sup sayuran.
Daripada 3 kategori yang dinyatakan di atas ini, korang hanya boleh pilih salah satu daripanya sahaja mengikut selera dan citarasa korang. Namun ingin di ingatkan di sini bahawa, pihak kami tidak menanggung kos penghantaran.

Promosi ini berlangsung selama 7 hari sahaja. Ia akan tamat pada 14 Mac 2019. Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan tawaran menarik ini sekarang juga sementara stok masih ada. Lagipun benda baik ni tak kan nak senyap-senyap je kan? Apa lagi, sebarkan lah berita baik ni kepada saudara mara serta sahabat handai korang tu sekarang juga.