Cart

Bersempena dengan Kempen Derma Darah

Bersempena dengan Kempen Derma Darah
15 May, 2019
Bersempena dengan Kempen Derma Darah “ Pre- Ramadhan” yang ke -13 dijayakan oleh ANSARA , Tabung Darah Negara & AEON telah berlangsung serentak pada 26, 27 dan 28 April 2019 di seluruh AEON dan beberapa pasaraya lain di Seluruh Malaysia. Acara ini berlangsung pada jam 10 pagi
hingga 5 petang.

NÖÖÖDLES express merupakan salah satu penyumbang saguhati kepada penderma darah di AEON Bukit Raja , Klang. Acara menderma darah yang berlangsung di AEON Bukit Raja, Klang telah wakili oleh wakil KUATAGH iaitu Alumni MRSM Kuantan . Mereka memastikan acara ini berjalan dengan lancar and baik serta membantu pihak pihak yang terlibat sepanjang acara tersebut berlangsung.

90 penderma darah terawal di AEON Bukit Raja telah menerima semangkuk NÖÖÖDLES express sebagai saguhati dan tanda terima kasih kami kerana menderma darah untuk tabung darah Malaysia demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Sebanyak 160 unit bag darah berjaya dikumpul di AEON Bukit Raja khususnya sepanjang 3 hari acara berlangsung dan sebagai penyumbang saguhati, kami juga turut berbangga dengan penyertaan anda.

Acara ini merupakan acara tahunan yang dijayakan oleh ANSARA sejak 13 tahun yang lalu. Sebagai salah satu penyumbang kecil bagi acara ini, kami turut berbangga dengan usaha dari badan badan berkenaan yang sama sama membantu menjayakan acara tahunan ini.






Tahniah kepada orang ramai di seluruh nagara yang juga turut bersama-sama menjayakan dengan menyertai sebagai penderma darah untuk Tabung Darah Negara.

Tahniah juga kepada warga Klang , khususnya yang sudi berkunjung dan menyertai serta turut menjayakan aktiviti ini.

Kami berharap acara ini akan terus diadakan pada masa akan datang dan akan lebih banyak penyertaan dari orang ramai .

Tahniah kepada semua yang terlibat, dari kami NÖÖÖDLES express.

Untuk para pelanggan yang telah mencuba NÖÖÖDLES express, jangan lupa untuk berkongsi detik detik indah menikmati NÖÖÖDLES express di media sosial anda dan jangan lupa gunakan hashtag #NooodlesExpress #jomNooodles

Ingat! ejaan NÖÖÖDLES express kami ada 3 huruf O tau !

Bagi penduduk sekitar 10km radius dari Amcorp Mall, Petaling Jaya, anda boleh dapatkan
NÖÖÖDLES express dari aplikasi FOOD PANDA dan mereka akan menghantar terus ke rumah anda dalam masa kurang 1 jam. Anda hanya perlu tambahkan air panas dan tunggu 3 minit sebelum menikmati NÖÖÖDLES express.

Bagi penduduk seluruh Malaysia, anda boleh membeli NÖÖÖDLES express di laman sesawang @ kedai online kami di www.nooodles.online . Hanya perlu membuat pesanan dan tunggu penghantaran ke rumah anda oleh kurier terpilih.