Cart

Karnival Jom Heboh - April 2019

Karnival Jom Heboh - April 2019
24 May, 2019

NÖÖÖDLES express telah menyertai Karnival Jom Heboh pada 27 & 28 April 2019 yang berlangsung di Tapak Bulatan Bazarena , Stadium Shah Alam.

 

Penyertaan ke karnival ini merupakan kali pertama untuk NÖÖÖDLES express dan telah dijayakan dengan kerjasama seluruh pasukan kami.

 

 Dengan menyertai Karnival Jom Heboh yang merupakan salah satu karnival terbesar tahunan yang diadakan di Malaysia, telah memberikan NÖÖÖDLES express peluang untuk melebarkan lagi sayap dalam dunia “offline” , penjenamaan , dan juga memberikan kami peluang untuk beramah mesra dengan pelanggan baru dan lama serta memperkenalkan NÖÖÖDLES express pada warga Shah Alam khususnya dan Selangor amnya.

 

Penglibatan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang menarik serta memberi kami peluang untuk mempertingkatkan lagi persediaan kami untuk menyertai karnival  atau acara yang lain pada masa yang akan datang.

 

Sebanyak lebih 700 helai risalah telah diedarkan kepada pengujung Karnival Jom Heboh ini dan kami percaya, ini merupakan permulaan yang baik bagi penjenamaan NÖÖÖDLES express.

 



Sebagai pengenalan, kami telah menawarkan harga menarik kepada para pengunjung.

Untuk semangkuk NÖÖÖDLES express, harga yang ditawarkan ialah RM 5.00 ( harga sebenar RM 6.50), untuk kotak yang mengandungi 4 mangkuk ialah RM 18 (harga sebenar ialah RM 24 dan RM 39 di KLIA, KLIA2, Penang International Airport, Langkawi International Airport, Subang Skypark) dan untuk bag yang mengandungi 6 mangkuk ialah RM 28 (harga sebenar ialah RM 35 & RM 50 di KLIA, KLIA2, Penang International Airport, Langkawi International Airport, Subang Skypark)

 

Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan pelbagai pandangan serta pertanyaan yang kami terima dari para pengujung dan pelanggan. Hampir 1000 mangkuk NÖÖÖDLES express telah terjual sepanjang 2 hari acara berlangsung.

 

Sebagai penghargaan kepada para pelanggan dan pengunjung gerai kami khususnya dan Karnival Jom Heboh amnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga kita bertemu lagi di masa akan datang di acara acara yang lain.

 

Untuk para pelanggan yang telah membeli NÖÖÖDLES express, jangan lupa untuk berkongsi detik detik indah menikmati NÖÖÖDLES express di media sosial anda dan jangan lupa gunakan hashtag #NooodlesExpress #jomNooodles

 

Ingat! ejaan NÖÖÖDLES express kami ada 3 huruf O tau !