Cart

Nooodles Express Tom Yam

Nooodles Express Tom Yam
16 January, 2019

Nooodles Express Tom Yam


Siapa memang ‘hantu’ tom yam dekat sini, angkat tangan! Rasanya semua orang dah tahu yang tom yam berasal dari negara Gajah Putih, iaitu Thailand.

Tapi korang tahu tak pada zaman dahulu (sumber rujukan PUM Cooking School), Tom Yam merupakan masakan hidangan untuk keluarga DiRaja Thailand sejak kurun ke-19.  Ia mula diperkenalkan kepada rakyat jelata di bahagian tengah Thailand dan terus menjadi popular ke seluruh pelusuk Thailand sehinggalah ia tersebar ke negara-negara jiran.

Tidak dinafikan Tom Yam adalah menu yang tidak asing lagi bagi masyarakat di negara kita.  Malah boleh dikatakan setiap masyarakat di Malaysia pasti boleh terima Tom Yam sebagai menu makanan. Senang cerita, masuk tekak lah dengan masyarakat Malaysia ni.

Begitu juga dengan Mi Tom Yam Nooodles. Oleh sebab itu lah, mee segera keluaran Nooodles Express turut mengeluarkan perisa Tom Yam untuk penggemar Tom Yam.

Bila tengah bekerja atau duduk di rumah, tiba-tiba tekak terasa nak makan mi tomyam, tapi tak tahu sukatan bahan serta bahan-bahan apa yang digunakan untuk mendapatkan rasa tomyam yang sebenar sama seperti dikedai,  korang tak perlu susah-susah, rahsianya ialah…. Nooodles Express!

Rasanya yang  masam-masam dan pedas tu memang padulah! Lagi best bila korang pekena pada waktu hujan ni, hirup kuah sup yang masih hangat , memang terangkatlah! Rasa tomyamnya cukup perfect bak kata Edd Sheeran :D

Penyediaannya pun sangat ringkas dan cukup mudah. Korang hanya perlu tuang air panas sebanyak 450 ml ke dalam mangkuk yang disediakan lalu tuang semua perencah-perencah yang telah disediakan didalam mangkuk dan biarkan ia selama 3 minit. Senang je kan? Sedap pun sedap!

 

Apa yang boleh dikatakan, pasti korang tak kan menyesal dengan perisa Tom Yam ni. Silap-silap tak cukup pun semangkuk. Sebab terlalu sedap sangat dan kenikmatan rasanya yang sejati tu membuatkan korang seperti sedang menikmati makanan di restoran Thai!

 

So korang nak tunggu apa lagi? Cubalah sekarang juga dan kongsikan pengalaman korang dengan kami!